nuffnang

stats

ehem.klik la kalau suka blog ni.

8.6.10

PREGNANT vs EPAL HIJAU

semalam, masa tengah kusyuk membaham sebijik epal ijau kat opis tetibe akak senior sorang ni sound aku.dia kata :
"jangan makan epal hijau!! sebab epal hijau ada asid.mama mana bleh makan!!"


hoh? yeke? sambil tertanya2..aku segera menggoggle epal hijau dan kehamilan.
dan aku pun tersengih sengih baca fakta yang diberi.

memetik kata kata dari tempat ni :

"kalau hamil memang orang ada yang nak makan benda masam.elok ambil asam/buah yang semulajadi masam..kalau nak elakkan loya benda yang agak masam memang berkesan maka pilihlah epal hijau dengan syarat kupas kulitnya"

dari sini pun ada bagi fakta :

PENAWAR SAKIT KUNING :

Berikan susu ibu kerana susu ibu mengandungi laksatif yang melawaskan pembuangan mekonium (najis) dalam tubuh bayi. Untuk ibu pula amalkan makan epal hijau setiap hari sewaktu hamil.

oo..ok.
maknanya epal hijau bagus ok untuk preggy mum ni.semalam pun masa tgh buat BSP, sempat aku tanya nurse tu pasal epal hijau.betul ke ada asid dan tak seswai untuk ibu mengandung?
cepat cepat nurse tu bagi ceramah kat aku,
"ibu mengandung patut makan buah.epal hijau tu lagi bagus dari makan asam atau jeruk tau.
(aku pun angguk angguk paham.betul,aku mmg tak makan asam & jeruk ok.)
lagipun,dari makan epal merah yang manis tu,lagi bagus kamu makan epal hijau.banyak khasiat epal hijau ni,paling saya dapat tau epal ni boleh kurangkan risiko kanser.penghadaman pun bagus,lagi bagus kamu minum jus dia..ehh.pandai pandai plak orang kata tak boleh makan.seelok eloknya,makan sebijik sehari"

ok.ok.aku pun dah puas hati dengan jawapan live dia.sebenarnya panjang lagi hujah dia tapi aku dah tak ingat sebab rasa macam panjang sangat pulak.aku ni dah lorat kat ejang & rifdi yg dh lama tunggu dalam kereta tu.silap betul aku tak record ape nurse tu cakap.heheh..
so,kesimpulannya..sape sape yang ada terdengar mitos epal hijau ni,sila pekakkan telinga.kalau rajin tolon bagi ceramah pulak pada yang menyampaikan mitos tersebut.

cuma ibu ibu dan mama mama hamil sekalian, epal yang anda tak bleh makan cuma epal ni ye.
ini apple juga.tp bukan epal hijau.

notakukukaki : aku rasa akak opis tu marah aku sebab makan tak pelawa dia kot.hehe.dan ehh ehh..korang prasan tak.aku kali ni suka sangat citer pasal pregnancy ye.ahaks.teruja!

dush!

5 comments:

Anonymous said...

salam....epal hijau mmg bagus utk kesihatan...byk vit c.....sy pon selalu mkn epal hijau masa mengandung....tp kalo xsilap utk org2 yg nak menghafal pelajaran...xbagus bagus mkn epal hijau ....ssh nk hafal....

Anonymous said...

salam...
saya tak boleh makan epal hijau masa mengandung. ini ikut pengalaman sendiri, dah 2 kali dah. bila saya makan epal hijau, akan ada keluar lendir campur darah keesokan harinya. lepas tu saya dah tak berani nak makan epal hijau lagi.

ddJaafar said...

anon 1;

kalau ikutkan mmg masa study tak bagus makan menda masam ni.melembapkan sistem ingatan kita.

setau sayalah kan.

ddJaafar said...

anon 2,

maybe awak tak sesuai makan epal hijau.

nasihat : makan apa yang kita boleh makan je.ada kawan saya boleh makan nenas masa pregnant, dan ada kawan saya yang tak boleh makan nenas masa pregnant.

macam tu la beza dia.

Hafiza AizZawa said...

kalau ikut nasihat org tua, buah epal hijau mmg bagus.. baik utk kulit baby tau.. saya pun amalkan makan epal hijau..